Diberitakan bahawa pelakon veteran, Zami Ismail ataupun dikenali dengan gelaran Pak Uda telah meninggal dunia akibat serangan jantung sebentar tadi. Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.15 pagi tadi di IJN. Zami Ismail merupakan seorang pelawak dan pelakon Malaysia yang terkenal. Paling diingati ialah peranan beliau dalam siri sitcom televisyen `Pi Mai Pi Mai Tang Tu' sebagai Pak Uda serta siri `Salam Pantai Timur'.
Al-Fatihah untuk Allahyarham
sumber dari Twitter
Showing posts with label serangan jantung. Show all posts
Showing posts with label serangan jantung. Show all posts
Sunday, June 19, 2011
Saturday, January 1, 2011
Faizal Yusof Meninggal
Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.
Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.
Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.
Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.
Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.
"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)


