Sunday, February 13, 2011

(ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim Meninggal Dunia

Seorang lagi Adun meninggal dunia. Kali ni ialah ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim. Nampaknya berpilihanraya lagi lah. Mesti banyak plak duit kerajaan dihabiskan untuk kempen kali ini.
KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, Temerloh petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supritendan Zundin Mahmood berkata, pihak Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital itu pada pukul 6.30 petang.
Zaharuddin sebelum ini pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lepas.
Zaharuddin yang mewakil UMNO memenangi kerusi DUN tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 dengan menewaskan calon Pas, Hassanudin Salim dengan majoriti 1,615 undi.
Kawasan tersebut mempunyai 8,451 pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...