Sunday, January 9, 2011

Blogger Kontroversi: Aduka Taruna Di Pukul

Masih ingat dengan kontroversi Blogger nakal, Aduka Taruna? Aduka Taruna dulu terkenal kerana menghina Sultan Johor. Hai ni keluar dalam surat khabar Kosmo yang menyatakan Aduka Taruna telah dipukul di Terengganu. Jom Baca

KUALA TERENGGANU – Blogger yang terkenal dengan kontroversi kerana menghina institusi kesultanan Johor, AdukaTaruna menghadapi saat cemas dikepung dan dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong sebuah parti politik di hadapan Masjid Rusila, Marang kelmarin.
Kejadian itu berlaku selepas blogger yang nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, menegur Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 2.20 petang.
AdukaTaruna dalam entri blognya itu semalam menjelaskan, niatnya hanya mahu menemubual Hadi.
Bagaimanpun sebaik menegur Abdul Hadi, dia mendakwa muncul seorang lelaki yang terus merentap bajunya kerana dikatakan tidak puas hati dengan tindakan mangsa menghalang pemimpin Pas itu yang mahu menghadiri satu majlis.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...